"arghhh!"
jerit Abror dek terkena sengatan tebuan sewaktu dia tengah sibuk training taekwondo di youth park.
"awat ngan hang Abror?" tanya amir yang berdiri di sebelahnya .
"aku kena sengat tebuan kat tengkuk aku la wey, geram aku!"
"besar tebuan tu bro baik hang gi klinik amik injection, karang ada infection hang yg susah,dahlah kita ada tournament next week" nasihat amir.
"betul gak, kayla wey, aku chow dulu" kata abror sambil mencapai helmetnya.
"oi jangan lupa gitau coach!"jerit amir.
Abror hanya sekadar mengangguk sambil beredar
menaiki motor.
***
pada malam itu...
"Assalamualaikum" kata abror yang sedang melangkah
masuk ke arah sofa lalu menghempaskan beg dan
helmetnya dan terus baring di atas sofa.
"Walaikumsalam, ha dah balik pun, kalau ya pun kamu nak baring, letak la dulu helmet dengan beg dalam bilik kecik tu, kan semak ni"
Kata kakak sambil membawa air suam kepada adiknya.
"okay2, tapi kejap lagi la kak, Abo penatla hari ni. Kakak tahu tak, harini, hari yang paling malang ! argh! geramnya kat tebuan tak guna tu!" rengus Abror.
"kenapa Abo, tebuan apa yang tak guna ni?akak tak fahamla.." Tanya kakak yang kebingungan.
"tadi, dekat youth park time Abo tengah training tu, ada tebuan sengat tengkuk Abo ni ha, tapi Abo dah
gi klinik amik injection dah sebab takut ada infection..pasal tebuan tu Abo tak dapat continue training harini! geram gila!!!!!" cerita Abror bersungguh-sungguh.
"yeke, takpe sabarye abror, nah minum air ni
dulu"
nasihat kakak sambil menghulur segelas air suam kepada adiknya, Abror.
"dalam hidup ni memang kita akan hadapi pelbagai jenis dugaan untuk menjadikan kita lebih matang pada masa yang akan datang. Mungkin Allah menduga Abo sebab Allah nak latih kesabaran Abo dan Allah nak bagi sesuatu yang special kat Abo esok hari, sesuatu yang Abo sendiri tak jangka."
nasihat kakak sambil melihat wajah Abror yang sudah kelihatan tenang sedikit.
"Tebuan tu juga makhluk Allah yang tak berdosa jadi kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran kena sentiasa khusnuzzon (bersangka baik) dan tidak bercakap buruk tentang makhluk lain.
itu yang menunjukkan betapa baiknya hati kita."
"teringat kakak tentang apa yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah HATI ”."
Cerita kakak lagi.
"Eh, abang dah balik" jerit nurun sambil berlari menuruni anak tangga.
"Eh, abang dah balik" jerit nurun sambil berlari
Abror mengukir senyuman kepada adik bongsunya itu
"Nurun dah siap homework belum?" tanya Abror
"mestila dah, sebab tu nurun turun..nak tengok tv jap..hehe" jawab nurun sambil tersengih.
"owh dah pukul 10malam nak tengok tv lagi nurun, dah waktu tidur ni"kata kakak.
"alor kak, awal lagi ni, kan esok nurun cuti"
"ok ok, tapi sblm tu nak dengar cita x?akak ada cita bes ni.." kata kakak .
"okay! mestila nurun nak dengar..cita akak selalu bes!"
" okay, cerita ni dalam buku Imam Ghazali, tentang hati..." kakak pun mula bercerita.
"Pada suatu hari, ada seorang raja ni yang suka sangat lukisan-lukisan, jadi raja ni pun jemputla dua kumpulan pelukis yang handal pada zaman tu, satu kumpulan dari Rome, satu lagi dari China.....
setelah mereka sampai, raja tu pun meletakankan setiap kumpulan di dalam dua bilik yang berasingan dan mengarah mereka untuk melukis dalam dinding bilik masing-masing..kumpulan dari Rome meminta pelbagai jenis warna dari raja tersebut tetapi kumpulan dari China tidak meminta apa-apa pun.." sambung kakak lagi .
Nurun yang kelihatan agak keliru pun bertanya
"eh, kenapa kumpulan dari China tak minta apa-apa
kak?mcm mana diaorg nak kaler??"
"ha, itulah yang specialnya, nnti nurun akan tahu.."
kakak pun meneruskan ceritanya..
"jadi mereka diberi masa beberapa jam untuk melukis lukisan yang mereka sukai...setelah masa tamat raja tersebut pun pergi kesetiap bilik untuk melihat lukisan mereka...raja tersebut memulakan dengan lukisan dari Rome , raja itu sangat kagum dengan lukisan yang sangat unik yang mempunyai pelbagai warna..
setelah itu raja itu pergi melihat lukisan dari China ..raja itu terkejut melihat dinding tersebut kosong tanpa sebarang coretan, tetapi dinding tersebut kelihatan berkilauan, putih bersih dan cantik sekali..jadi raja pun bertanya kepada mereka,
"apa yang kalian lakukan pada dinding ni??"
"kami hanya menggosok dinding ni tuanku, kami menggosok sehingga ianya berkilauan dan bersih tuanku, seperti hati kita, jika sentiasa digosok ia akan bersih sekali..." terang pelukis dari China itu.
Raja tersebut terlalu kagum dan tersenyum kerana mendapat nasihat yang sangat unik.." cerita kakak.
Abror tersenyum kerana faham apa yang
Nurun yang agak kagum tapi keliru sikit bertanya ,
"waa..tapi kak nurun tak fahamla, apa kaitan dengan hati?"
"hati kita pun macam dinding tadi, kalau kita sentiasa buat benda tak baik, buruk sangka, cepat marah maksudnya kita dedahkan hati kita dengan habuk jadi hati akan cepat jadi hitam..kalau kita sentiasa baik sangka, bersabar, sentiasa berzikir ianya sama seperti kita menggosok hati kita untuk berkilat, bersih, suci..bila hati kita suci Allah lagi saying kat kita betul tak???" kata kakak.
"betul betul betul" kata nurun dengan nada yang gembira sekali kerana sudah memahami maksud cerita tadi.
"lepas ni nurun nak cuba sentiasa bersabar sebab nurun ni cepat marah..jom abang kita sama-sama jadi sabar" sambung nurun lagi sambil merenung
Abror.
"ok! abo naik dulu ye kak, nak mandi" jawab abror sambil tersenyum melihat nurun.
nurun pun bangun dan menuju ke arah kerusi yang berada berdekatan dengan tv.
kakak pula hanya tersenyum melihat gelagat adik-adiknya lalu berlalu ke dapur sambil membawa gelas yang diguna Abror tadi..
and THAT'S WHAT WE CALL EXTRAORDINARY!
No comments:
Post a Comment